Monday, November 30, 2009

MENGHORMATI AZAN


Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Saturday, November 21, 2009

Thursday, November 19, 2009

Sepetang di SP

@ Puncak Mutiara Cafe, Kg. Pelet.
Anak-anak yang meriuhkan keadaan ;-)

Ummi and Damia.


Ustz.Mazlina bersama anak.



Ustz.Sadar & Ustz.Yati seronok sbb dapat kepak ayam.




Enak menjamu selera.

Aktiviti hari ini ialah jalan-jalan ke SP(Sungai Petani).Aktiviti ini telah dijayakan oleh enam orang guru panitia pendidikan Islam SKBTM iaitu Yusri(k), Shuhaimi, Akmal, Mazlina, Yati dan Sadariah.Mula bertolak dari SKBTM pukul 3 ptg dan tiba di SP pukul 4 ptg.Setibanya di sana kami terus ke RFC untuk menikmati ayam herba yang sungguh sedap hingga menjilat jari....;-) Selesai makan di RFC kami ke taman rekriasi Sg. Petani yang terletak bersebelahan masjid Sg.Petani.Selepas solat Maghrib aktiviti diteruskan lagi iaitu ke Puncak Mutiara Cafe, Kg, Pelet. Makan kat situ 'layan' la jugak sebab kami makan duduk dalam pondok.Special menu dia pelbagai masakan kambing dan cendawan goreng tepung.Memang sedap.Selesai makan masing-masing bergerak pulang.Esok nak keje.....







































































































































UPSR

Salah seorang murid yang mendapat 5A.
Penantian penuh debaran......menunggu keputusan UPSR. Guru besar mengumumkan keputusan UPSR SKBTM.








Hari ini keputusan UPSR telah diketahui.Alhamdulillah SKBTM telah berjaya mementenkan keputusan iaitu murid yang mendapat 5A seramai 12 orang (sama macam tahun lepas).4A 1B seramai 9 orang.Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru SKBTM terutama guru-guru yang mengajar tahun 6.Dengan keputusan tersebut telah meletakkan SKBTM dalam ranking TOP10 di daerah Seberang Perai Selatan.Tahniah sekali lagi dan semoga SKBTM akan terus melonjak di tahun-tahun hadapan.Amin.......









Tuesday, November 17, 2009

Kenyang

KENYANG ITU MEMBABITKAN GEJALA-GEJALA TERKEJI DIANTARANYA:
1. Memalingkan hati daripada takutkan Allah [swt].
2. Memalingkan rasa belas dan ikhsan hati terhadap makhluk Allah kerana hati akan menyangka dan merasa bahwa semua makhluk kenyang sepertinya.
3. Menjadikan diri berat utk taatkan perintah Allah [swt].
4. Hati begitu berat atau sukar tunduk mengakui kata2 yg benar.
5. Menyebabkan penyakit.
[Prof Dr Harun Din]

Monday, November 16, 2009

Suami Yang Adil

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu. Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.ke...ke..ke....

selamat menduduki spm

Saturday, November 14, 2009

new PERODUA VIVA


Hari ni misi tok ayah dengan mak tok ialah bawa balaik viva baru dari bangi (rumah k.ngah). Masa telefon tadi viva dalam perjalanan baru sampai di Ipoh.Turut sama dalam misi tersebut Faiz dan Shafiya (anak k.ngah).Semoga perjalanan membawa pulang viva ke aloq setaq berjalan lancar dan selamat.

Thursday, November 12, 2009

PERSIAPAN MENJELANG MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SKBTM

Hari ni semua warga SKBTM sibuk membuat persiapan untuk mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik ke-5 yang akan berlangsung esok.Masing-masing sibuk dengan tugasan yang telah diagihkan.Ada yang sibuk buat persiapan tempat, bahagian persembahan, susunan murid yang terima anugerah dan macam-macam lagi.Yang membanggakan semua guru SKBTM seramai 70 orang terlibat dalam membuat persiapan hari ini.Alhamdulillah....dan raptai penuh pagi tadi pun berjalan lancar.Harap-harap perjalanan majlis anugerah esok berjalan dengan jayanya.Amin....

Monday, November 9, 2009

Guru SKBTM berpaintball


Paintball.Aktiviti ni sebenarnarnya kami dah rancang lama dah,cuma nak laksanakan tu tak dak masa.Almaklumlah.....cikgu....sentiasa sibuk.So, bila dah dapat peluang ni kitorang pun pulun habis-habisan la berpaintball.Lagi pun ramai yang first time main benda alah ni.Tu yang semangat tu.siap pakai baju askar tu....ke..ke...Apa pun memang best la main paintball ni.Ada masa nak main lagi....