Wednesday, December 23, 2009

JANGAN MENYEKSA DIRI


Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya. Sahabat Anas menceritakan bahwa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki. Apabila melihat keadan itu maka baginda betanya, "Mengapa dengan orang ini?"
Dua anak itu berkata, "Dia bernazar hendak menunaikan haji dengan berjalan kaki." Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyiksakan dirinya." Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.
Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan apa?"
Anak murid itu berkata, "Saya berjalan kaki." Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata : "Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya."
Fikir-fikirkanlah.......

Saturday, December 19, 2009

Danish start sekolah

Tadika Fitrah Ehsan

Esok 21 Dis 2009, Danish mula sekolah di Tadika Fitrah Ehsan, jalan Junjong, Kulim. Esok juga adalah hari pertama Danish akan ke sekolah.Kalau tengok dari semangat dia tu, Insya Allah tak dak masalah sebab dia bersemangat sungguh nak sekolah.....

Bercuti @ CH

Bergambar di ladang teh.
@ Iris Hotel, Bringchang.

At muzium Time Tunnel

Pekena teh Bharat OTW balik.

Panas la ummi...!!

Danish menikmati teh Bharat


Tarikh: 16-17 Dis 2009
Tempat: Cameron Highland, Pahang

16 Dis 2009

7.00 pg : Bertolak dari rumah @ machang bubok ke CH.

10.00 pg : Singgah di R & R Gunung Semanggol untuk sarapan.

11.00 pg : Mula mendaki dari Simpang Pulai menuju ke CH.

12.00 tgh : Tiba di Bringchang dan terus checkin di Iris Hotel. Berehat di hotel menghilangkan lenguh2....;-)

3.00 ptg : Bergerak ke Tanah Rata untuk mencari sesuap makan...;-) sambil menghirup udara dingin.

5.00 ptg : Balik semula ke Bringchang untuk jalan2 di pasar malam.

6.00 ptg : Hujan lebat.Habis basah kuyup...!!!Lari balik ke hotel.

8.00 mlm : Jalan kaki ke pasar malam sekali lagi.Tak sempat round habis ptg tadi....

11.30 mlm : Balik ke hotel & tidoq...

17 Dis 2009

9.00 pg : Bergerak ke tanah Rata untuk sarapan.

11.00 pg : Check out Iris Hotel dan terus ke Kea Farm.Jalan2 cari barang and sayur...

4.00 ptg : Bertolak balik dari CH.Singgah pekena teh Bharat.....

6.00 ptg : Singgah Ipoh.Jalan2 Sekitar Bandaraya Ipoh dan Gerbang Malam.

9.00 mlm : Bertolak balik ke Machang Bubok.

11.30 mlm : Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah....














































































Thursday, December 3, 2009

Pesta Pulau Pinang

Abi & Damia

Ummi & Danish

tak gayat....!

Damia menikmati pemandangan dari puncak buayan pusing.
Ummi, Danish & Damia @ buayan pusing.





Al-Fatihah buat Mak Esah

Pada malam Jumaat yang lepas (26/11/2009) malam raya haji, Mak Esah (nenek kpd Ummi) telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Tengku Anis,Pasir Puteh. Arwah meninggal kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Al-Fatihah buat Mak Esah. semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman.Amin........

Tuesday, December 1, 2009

HAPPY BIRTHDAY DAMIA

Hari ni umur Damia dah genap dua tahun. Kejap ja rasa. Pejam celik, pejam celik dah dua tahun. Happy Birthday Nur Akmal Damia yang ke-2.

Danish @ saloon

Ini adalah pengalaman pertama Danish gunting rambut kat kedai.Alhamdulillah, dia tak banyak peel.Cuma kadang-kadang dok tersengeh sorang-sorang ja.Maybe dia rasa geli kot time mamak tu gunting dekat telinga dia.Syabas anakku.....