Tuesday, November 2, 2010

Wani ke Japan



25 oktober 2010.Tarikh Wani bertolak ke Japan.Wani telah dihantar oleh kilang Minebee (tempat dia bekerja) ke Japan untuk training selama 6 iaitu dari oktober 2010-april 2011. Mak, ayah dan adik telah bertolak bersama dari alor setar ke LTABL,Penang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semoga wani selamat pergi dan pulang.












Sunday, October 24, 2010

Berbowling bersama jiran2

Menunggu giliran utk membowling....
Naib johan drp 10 peserta.OK la tu....
Jumaat lepas Jiran2 LI 5/3 telah mengadakan pertandingan bowling.Peserta yg masuk hanya 10 org lelaki dan lontaran sebanyak 3 game.Tujuan diadakan adalah utk mengeratkan silaturrahim antara jiran2 LI 5/3.Alhamdulillah, setelah kiraan mata dibuat, dapatlah naib johan yg membawa pulang sejumlah wang tunai.Apa pun tahniah kpd kwn2 yg menyertai.Lepas ni kita buat aktiviti2 yg lebih menarik lg.


Saturday, October 9, 2010

Raya 1431H @ rumah ayah Yunus

Keluarga Hj Yunus & Hjh Shamsiah Family Abg Yuzi
Family Abg Mi

My Family

Family Halim

Nurul, Shahir & Ju


1 Syawal 1431H merupakan hari yang gembira buat Family Hj Yunus kerana tahun ini semua ahli keluarga dapat berkumpul dan menyambut Hari Raya Idul Fitri bersama-sama. Kegembiraan jelas terpancar diwajah masing-masing terutama ayah dan ma yang dapat menyambut hari berbahagia ini bersama anak2 dan cucu2.Semoga ikatan ukhwah yang terjalin ini akan berkekaklan selamanya.









Saturday, October 2, 2010

Iftar Bersama Jiran LI 5/3

Mengeratkan silaturrahim
Bulan Ramadhan yg lepas,warga lembah impiana (LI) 5/3 telah mengadakan aktiviti berbuka puasa.Aktiviti yg bertempat di Hotel Summit itu telah disertai oleh tujuh family.Ini merupakan aktiviti pertama buat warga LI 5/3.Semoga ada banyk lagi aktiviti2 seperti ini dpt dijalankan di LI 5/3.

Wednesday, August 18, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Alhamdulillah.Tahun ni terpilih sebagai salah seorang daripada 6 orang guru yang menerima APC untuk tahun 2009.Tahun ni juga dalam sejarah kerana 2 orang daripada 6 orang guru yang menerima APC adalah Panitia Pendidikan Islam, SKBTM.Semoga ianya menjadi semangat buat diri dan kawan2 untuk terus berkhidmat.Insya Allah.....

Sunday, July 25, 2010

Berkelah di Camp Perik

Danish & Damia sedang berendam dlm anak sungai

Lagi gambar Kak Ti kat Hospital

Jarum yg dicucuk untuk masukkan antibiotik
Pasakit sedang berehat....;-)

Sempat bergambar bersama anak menakan



Friday, July 23, 2010

Kak Ti masuk wad....

Kak Lang semasa melawat Kak Ti di hospital
20 Julai yang lepas satu berita yang mengejutkan buat keluarga Ustaz Musa.Anak ke6 ust Musa telah dimasukkan ke dalam wad kerana terdapat jangkitan kuman pada paru-paru.Pada mulanya ingat cuma demam biasa sahaja.Tapi akibat daripada tidak buat pemeriksaan awal di klinik, demam tersebut telah berlanjutan sehingga menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.Hingga hari ni (23 julai) nampak kak Ti dah semakin sihat dan lalu makan.Alhamdulillah....
Didoakan agar kak Ti segera sihat.

Tuesday, June 22, 2010

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun

keputusan yg membanggakan

Seminggu sebelum cuti sekolah hari tu Danish telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun di Tadika Fitrah Ehsan. Peperiksaan tersebut Danish terpaksa ambil dalam keadaan yg tak selesa sebab kaki Danish masa tu baru lepas kena jahit. Alhamdulillah Danish dapat buat dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Saturday, May 29, 2010

Danish kena 7 jarum...

Baru keluar dari bilik jahit...
Keadaan kaki yang berbalut.

Kena jahit tujuh jarum.
Petang semalam balik saja dari ambik p.su(tusyen) danish terus ikut p.su main basikal.Dia duduk belakang.Time tu hati ni dah terasa tak sedap dah...dok teringat takut kaki dia masuk dalam rim basikal.5 minit lepas tu tengok di luar ada orang bawa Danish balik sambil dok dukung. Aku terus celapak keluar dan dapati kaki Danish bahagian atas tumik tu terbelah besar. Terus siap2 ajak mak pergi ke klinik jalan pegawai. Tapi doktor klinik tu kata dia tak berani buat sebab takut libatkan urat.Doktok syorkan bawa ke hospital.Aku pun terus start kereta dan pecut ke HSB bahagian kecemasan. Bila dah masuk MA kata dia pun tak berani buat. Kena buat x-Ray dulu dan jumpa doktor.Hampir empat jam aku bersabar baru lah bleh jumpa doktor. Alhamdulillah doktor kata tak libatkan urat dan boleh jahit macam biasa. Sebelum jahit kena cuci dulu. Masa cuci tu la aku tengok Danish meraung-raung sakit. Walaupun tak sanggup tengok, sebagai seorg bapa yg amat sayang kpd anak aku gagahkan diri juga sambil2 bagi sokongan dan ajak Danish selawat. TUJUH jarum Danish kena jahit. Ikutkan hati aku memang kesal dengan apa jadi. Tapi bila difikirkan balik, aku tau ini semua adalah ujian dan ketentuan Allah.






Tuesday, May 18, 2010

Ayah Ke Makkah.....

Ayah membacakan doa selamat sblm berangkat dr Bayan Lepas.
Sewaktu menziarahi sekitar makkah.

Bersama seorg jemaah di Bukit Marwah.


Berlatar belakang Masjid Terapung di Jeddah.



Jumpa k.Ngan di KLIA sewaktu dlm perjalanan pulang.
Pada 6 mei yang lepas ayah telah berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah.Pihak Tabung Haji telah melantik ayah sebagai penasihat agama sepanjang ibadat umrah bagi jemaah kali ini. Maksudnya ayah buat umrah kali ni di tanggung sepenuhnya oleh Tabung Haji. Alhamdulillah sepanjang ayah mengerjakan umrah, keadaan ayah sihat malah sewaktu ambik ayah di airport Bayan Lepas nampak ayah begitu gembira.Maybe tak sabar nak balik jumpa mak kot....he...he....
p/s : kenangan indah di Makkah mmg segar diingatan.......




Wednesday, May 5, 2010

Basikal baru.....

Danish dan Damia seronok berposing dengan basikal baru.

Monday, April 26, 2010

Al-Fatihah kepada Tok Jam

Jumaat lepas aku baru kehilangan seorang nenek atau lebih mesra dengan panggilan tok. Berita yang aku terima tengah hari itu amat mengejutkan.Aku baru bercadang hendak balik kampung pada minggu depan dan terus ziarah tok di Megat Dewa yang sebelum ini tengah sakit.Tup-tup tepat jam 12.10 tengah hari Jumaat tu ayah telefon dan bagitau yang tok dah kembali kerahmatullah.Aku tahu ini adalah ketentuan Allah SWT dan Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.Kita hanya merancang,Allah yang menentukan.Petang tu jugak aku pederas balik ke kampung.Alhamdulillah, aku sempat menatap wajah tok Jam buat kali terakhir dan solat jenazah yang diimamkan oleh ayah aku sendiri.Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Al-Fatihah buat Tok Jam......

Friday, April 2, 2010